Monday, 10 October 2011

KEBURUKAN MENYIMPAN KUKU PANJANG

Kuku manusia merupakan bahagian terkeras dari tubuh kerana kandungan airnya yang sangat sedikit. Fungsi utama kuku adalah untuk melindungi hujung jari yang lembut dimana hujung saraf-saraf berada. Memiliki kuku yang panjang dan cantik selalunya menjadi kebanggaan. Tetapi bagi orang Islam dan Bangsa Melayu sendiri, menyimpan kuku panjang adalah tidak sesuai.

Sedikit tertarik akan kesannya jika berkuku panjang iaitu akan melahirkan anak yang bodoh, degil dan suka melepak. Ini disebabkan anak tersebut diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari ibunya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, membuat cokodok, menguli tepung dan sebagainya. Apa ilmu pun yang di ajar pun tidakboleh diterima masuk ke dalam kepala.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.


Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ub...at dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih

No comments: