Monday 30 January 2012

GEMERSIK KALBU

Dengan ini saya ingin membuat pengakuan bahawasanya saya telah jatuh cinta dgn drama telenovela "Gemersik Kalbu"  (GK) ni. firstly, bila kluar drama neh kat tv, saya tak tengok pun. sebab? coz for me bila part starting drama always boring (fer me lah) . then saya pun serius tgk bila dah masuk episode ke 16. huh? so maka dgn itu, saya terpaksa m'qada kan blk episode episode yg dah terlepas starting from episode 1 via online.

Kenapa saya kata saya suka drama "Gemersik Kalbu" ni? coz sbb ada Aqasha. sbb dia lelaki yg sgt sweet dlm GK. sweet sgtsgt (Mr Boyfie jgn jealous, sy suka watak hero dlm cerita neh ;p ). and Ayu Raudhah sebagai heroin pun not bad. she's very beautiful n dia ada character dia sendiri to act as Raihana. I think both of them are too sweet. sweet like candy. boleh ckp cerita Gemersik Kalbu neh mcm cerita korea yg hero n heroin dia sweetsweet tu.

Eventhough saya takpenah beli or baca pun novel "Gemersik Kalbu" neh, but i think the story of this novel mmg best. My sis told me that novel gemersik kalbu mmg best, but not popular as Lagenda Budak Setan or Ombak Rindu. So i think i wanna buy GK's novel.

So i think uols kena lah tonton di tv3 slot akasia Isnin-Khamis, 7mlm-8mlm. best gila okay. no lie.


Sinopsis:
Mengisahkan suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.
Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Cinta Wan Ariffin masih utuh di sanubari lalu Raihana mengunci hati kerana enggan memungkiri ikrar setia kasih sehidup semati. Walaubagaimanapun, rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, tanpa sudi dan kerana paksaan, Raihana akhirnya membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta dan mesra.
Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh cuba memenangi cinta Raihana kerana dia percaya suatu hari nanti gadis pujaannya akan membuka pintu hatinya untuk menerimanya sebagai suami yang sah. Namun setelah beberapa ketika, Raihana tetap berkelakuan dingin dan kaku membuatkan Sufian bagai hilang arah. Bersama adiknya, Azila dan sepupunya, Darlina, Sufian nekad dan membuat rancangan untuk menyedarkan Raihana.
Mampukah kasih dan kebijaksanaan Sufian mencairkan hati Raihana yang dingin? Dapatkah Raihana menerima Sufian dengan sepenuh hati dan mengecapi sinar kebahagiaan untuk kali kedua?

No comments: