Showing posts with label FOODS. Show all posts
Showing posts with label FOODS. Show all posts

Monday, 4 June 2012

Monday blues

 hi-tea with boyfie last sunday
my fevret chic o cheese


LOVE,
Yanaa B

Friday, 27 April 2012

Mymom's birthday


Last Sunday was my mom's birthday. Happy Birthday Mak. I love u always. U always be my great mom. i cant live without you. my mom's is everything to me. Tepat 12:30a.m, i hug,kiss n wish her "Happy Birthday". Dia tdo lambat sket on that day. sebab sibuk main game kat ipadnya. mymom dah gila main game kt ipad hehehe so sweet :)

So on Sunday morning, we called n booked for our dinner at New Horizon Garden Restaurant to celebrate it. Since my second bro kat KL,sister in London,SIL n nephew still kat Kedah so we just celebrate berlima sajew. Myparents,elder bro,lil sis and me.

birthday girl with her soulmate :p

butter prawn. my fevret 

sotong celup tepung. my fevret too

red tomyam. mymom tgh mcedok tomyam at this time actually :p


ikan kerapu masak.. err i dont know. tak ingat. hehe rasa dia? okla not bad. sedap jugak. tak penah rasa pun ikan masak macam ni sebenarnya. slalu masak tigarasa je kan.

kailan ikan masin. ai tak usik langsung hehehe :p

baru nak start makan. 

finish oredy. ai adalah orang terakhir habis makan. always. feeling bile tgh makan.
but serious lembap gilew dia served air. dah abis makan semua br smpai air. banyak spoiled dsitu. takkan nak minum air teh cina pahit tu je kan. errr. ai siap offer and bg mymom ai punye air teh cina tu sbb tak feel pun nak minum hehehe

This is not my first time makan kat situ. before this slalu mkn sini or just tapau sajew. then dah lama gile tak makan sini. this place foods dia okay la. tempat proper and nice and bersih but for me kalo bab makan jenis like nasi,ikan kerapu masak tigarasa better ai makan kat Tanjung Lumpur like Ana Ikan Bakar etc. for me lah. but u olls still can try other menu. masakan panas pun ada jgk. western food not sure. maybe ada kot. 

so,conclusionnya mydad kena repeat lg dinner ni. since kenalan mymomdad yg bayarkan dinnner ni , met them at this restaurant. so mymom ckp kena repeat mkn kat KL. as usual. hahaha. 



LOVE,
Yanaa B

Friday, 3 February 2012

MEE KETAM

Last Wednesday myparents,mylilsis n ai dinner at Mee Ketam,located in Shah Alam
dah lama sgt  dah nak try makan sini. dah manyak masuk magazine,paper n Jalanjalancarimakan
so before sent my lilsis balik hostelnya di Uitm Shah Alam, we oll dinner there.

 
mee curry ketam nipah.
ai punya food sampai lambat, sbb waiter tsalah amek order.n ofcoz org dah nak abes mkn baru ai punya food smpai. mymom tlg kopekkan ketam ni. ai tlg mkn. suku drpd ketam ai makan. selebihnya bapak ai tlg mkn untuk ai hehehe.

mee curry udang galah
at first ai yg order mee curry udang galah. sbb bapak ai malas nak kopek ketam so ai order ketam nipah, mydad order udang galah for himself.

nasi putih + sup ketam 
mylilsis ordered this. sedap kuah ketam tu. sedap serious okay. disbbkan mine food lambat sampai, so ai asyik hirup kuah dia saje. trpkpk nak buat kuah ketam mcm ni ;p

mymom pula order mihun sup ketam. mihun sup  very cair mcm air. not recommended.
so ai tak upload pics nyew. sbb tak sedap+mymom punya food smpai n trus mkn so ai tak sempat nak snap

n tapaukan for my bro nasi goreng ketam.

total makan 4 pax + 1 tapau = RM 60++


menu & harga
pic credit to : facebook mee ketam

nak try? nak pergi?
disini signboard and address


pic credit to: facebook mee ketam

if pergi berjalanjalan ke Icity tu bolehlah singgah makan kat sini : )

gambar yg tidak berapa nais itu telah disnap from hp sonykuw.
babypink camera bawak sajew, time mau snap, battery takde.
ai kang bangsa malas nak charge hp,camera dan seangkatan dgnnya ;p



LOVE,
Yanaa B

Saturday, 19 November 2011

LILA WADI

            Last saturday, me and my bff Najat went to Lila Wadi for our dinner.
this is my very first time dine-out there. 
foods? so-so.  me just ordered seafood fried rice
since Najat dah order cheese burger for herself.
Cheese burger dia not so bad. shedap jgk. homemade burger. in big size. i think.
 

my bff Najat Nasiha


ai ate seafood fried rice and mango cheesecake. it taste so-so je lah

then we went to Teluk Chempedak jalanjalan amek angin laut malam sambil makan icecream
then ai slept over at Najat's place. teman dia tdo semalaman.



LOVE,
Yanaa B

Saturday, 3 September 2011

SYAWAL 1, 2 DAN 4

Assalamualaikum ya habibi ya maulana. Hows ur raya? Mine biasewbiasew saje. First day raya dah boring, apa kes. Imagine pagi raya saya woke up 10:30 am eventhough abah saya telah ketoktoktok pintu bilik saya awal pagi tetapi tidak diendahkan oleh anakdara nya ini (yaahhh kau! anak derhaka). Bangun pagipagi dengan muka tidak bersalah masuk ke dalam toilet bermandimanda menyegarkan diri dan menyarung baju kurung raya yang baru. 
Keluar bilikkuw terus terlihat abahkuw lalu kuw menghampiri beliau menghulur dan mencium tangan beliau sambil berkatakata " Selamat hari raya, maaf zahir dan batin" (ayat standard hari raya). Melakukan perkara yg sama pd emakkuw yg berada sebelah dengan abahkuw yg tengah syok menonton tv pada pagi hari raya tersebut.
Setelah habis bsalaman kedua orang tua kuw, kakikuw melangkah ke dapur. Makanan yg dihidangkan oleh emakkuw dipagi raya iaitu ketupat,lemang, rendang ayam serta rendang daging. Makanlah saya berseorangan di dapur. Setelah selesai mengisi "full tank" punchbag kuw, terus ke bilik menukar t-shirt dan seluar tigasuku lalu mendapatkan katil dan menyambung sessi tidur tak ingat dunia .

2:30petang barulah matakuw kembali celik.Terus mendapatkan handphone lalu kuw dial ke no phone Mr Boyfie. Bangun dari katil terus bersiapsiap ke kedainya. Sesampainya di kedai, saya dan Mr Boyfie berpikirpikiran ke mana arah tujuan kami seterusnya. Kasihankan kami, sungguh bosan di hari raya. Lalu kuw katakan kepadanya bahawa ECM kemungkinan close for first day raya. Mr Boyfie pula menafikannya. Katanya mana bole tutup first day raya. So terusmeneruslah kami ke bandar Kuantan try our luck dan tnyata ECM open. Yes! Cuma certaincertain kedai saja yg tutup dlm ECM.


Yee Mee Soup yg sedap terdapat di Foodcourt Tropicana ECM hanya RM 4.50 saje. Dpt layanan special sbb siap diserve. maybe sebab tak ramai org kowt. Lepas mkn plan mau nonton Final Destination, but like always terlepas showing time dan malas nk tggu sebab dah agak lewat. So saya nak makan icecream. so ke Baskin Robbin lah kami. Chitchat dan bergossip bfgf disitu ;p

"Hah awak! awak usha sapa tu? awek cina tu yeh?"


SYAWAL 2
Raya kedua hari yg dinantinanti. Malam raya pertama abahkuw dah warning "Esok mangun awal, balik kampung". Hooyeah hoyeeahh hatikuw berlagu girang. HAHAHA barulah rasa cam beraya sket kan. Ni tak, raya pertama dah bosan. sob sob sob. Pagi tu abahkuw ketoktoktok pintu bilikkuw jam 6:30pagi. Bersiapsiap dan bersarapan ketupat rendang, then terus ke kubur arwah Tok dan Tokki kuw di Batu 8. Baca yassin dgn mak abah dan adik beradikkuw saje. Kubur arwah Tok dan Tokki pun sebelahsebelah je. Ok rinduw arwah Tok dan Tokki sgt sgt. sobsobsob : (

After ziarah kubur arwah Tok dan Tokki, we oll meneruskan pjalanan ke kampung abahkuw, iaitu di Paloh Hinai. Sampai di Paloh Hinai around 9:30pagi. berjumpa sepupu sedara mara kuw. Ouh di kampung sebenarnya ada majlis tahlil dan kenduri cukur jambul. So mmg ramai org lah. Pukul 10 pagi, bertolak beramai ramai ke kubur. Tahlil dan bacaan yassin utk arwah nenek, Aki dan maklong kuw. Ramai sgt belah family we oll lbh kurang hampir 50 org time bertahlil di kubur. Mmg ramai. Habis bertahlil balik ke rumah ayahlong kuw dan jamuan makan dah disediakan. Makanmakan dan berborak lepak sekejap dan terus balik ke Kuantan semula. Sampai di rumah around 2:30petang. Sampaisampai saje di rumah terus lena tidur disebabkan letih,panas dan kekurangan tidur.

Bergambar bsama sepupu serta anakanak saudara kuw

1130malam, hangout ke Telok Chempedak. Niat dihati nak drive-tru Mcd. lapar di tgh mlm. tapi masyaallah, jammed and ramai gilew org. packed okay. Mcd full house so saya dan Mr Boyfie ke KFC saje. Kfc pun hampir full. Malam raya ramai yg cari makan kat luar. dah muak makan rendang kowt. Ditambahnya pula malam Merdeka. Sampai rumah around 2 pagi.

SYAWAL 4
My ex-classmates Panglima Perang datang beraya di rumah. Thanks Umairah, Liyana Zaki dan Ain Natasya. Sooo surprise bila Umai msg kata nak dtg beraya, eventhough time tu sbnrnya tgh bsiapsiap nk keluar teman Mr Boyfie menyetel hal kerja.

Me, Umai, Ain, Nana Zaki

After girls gerak balik, terus sepantas kilat bersiapsiap keluar dgn Mr Boyfie. cuci gelasgelas dan kemaskemas dulu dan bersiapsiapkan diri dgn kadar yg segera sbb Mr Boyfie pun dah nak sampai di rumah. Gila zasss kan. Hurm ketiak dah berpeluhpeluh tau buat kerja spntas kilat.

Me and Mr Boyfie ke Eon Bank Jalan Beserah. Settle bank in terus ke Sushi King ECM. Tekak saya nak mamam lemang Jepun pula.

First: The sushi and beverages (nama menu dah lupa ;p)

Second: Set Nasi dan Ikan ( nama menu dah lupa ;p)

                          Third: Nama menu pun dah lupa ;p tapi yg bebolabola tu my fevret.                    

My Mr Boyfie. suka sangat awak yer minum yakult :p

After makanmakan, jalanjalan sekejap then terus Mr Boyfie hantar pulang ke rumah : )

Untuk Syawal 5 akan diupdate nanti. stay tuned

Btw, dalam mood masih Syawal dan Raya ini,saya dengan rendahhati ingin memohon maaf andai terlanjur, terkasar bahasa dan perbuatan andai ada salah dan silap harap diampunkan di bulan yg mulia ini. Manamana yg mau dtg ke rumah,  rogerroger lah yer : )



LOVE,
Yanaa B