- ILMU UNTUK KAUM ADAM -
Allah S.W.T tidak menciptakan wanita dari kepala lelaki untuk dijadikan atasannya. Tidak juga Allah S.W.T menciptakan wanita dari kaki lelaki untuk dijadikan bawahannya. Tetapi Allah menciptakan wanita dari tulang rusuk lelaki, dekat dengan lengannya untuk dilindunginya, dan dekat dengan hatinya untuk dicintainya.
Allah S.W.T tidak menciptakan wanita atau sebagai barang pertukaran, apatah lagi sekadar objek buat lelaki. Tetapi Allah menciptakan wanita sebagai teman yang mendampingi hidup Adam tatkala kesepian di syurga. Juga Allah menciptakan wanita sebagai pasangan hidup lelaki yang akan menyempurnakan hidupnya sekaligus melahirnya generasi, disamping tunduk dan beribadah kepada Allah.
Tetapi, mengapa ada lelaki yang tunduk di bawah kaki wanita. Mengemis cintanya, berharap kasih sayangnya dengan menggadaikan kepemimpinan, bahkan kehormatan dan harga dirinya. Wanita dipuja bagai dewa, disanjung bagai Dewi Shinta, yang banyak menyebabkan lelaki buta mata, buta telinga, bahkan buta mata hatinya..
Namun ada juga yang menganggap rendah wanita.. Wanita dinista, dihina.. Kesuciannya dijadikan objek yang tidak bernilai harganya. Tenaganya dieksploitasi bagaikan kuda. Kelembutannya dijadikan transaksi murahan yang tak seimbang nilainya. Wanita dijadikan sekadar pemuas nafsu, bila habis madunya, dengan seenaknya dibuang ke tempat sampah, atau dianggap selipar jepun yang tak berguna..
Jika wanita itu adalah ibu kita, kakak atau adik perempuan kita, dan anak kita, relakah kita melihat mereka menjajakan diri didalam gelap malam yang mencekam. Relakah kita melihat mereka membanting tulang mengumpulkan ringgit atau sebagai risikonya dengan mayat terbujur kaku?
Jika wanita itu adalah ibu kita, kakak atau adik perempuan kita, dan anak kita, relakah kita membiarkannya seperti jasad hidup yang tidak memiliki nilai?
Jika wanita itu adalah ibu kita, kakak atau adik perempuan kita, dan anak kita, relakah kita membiarkannya lapar, liar, ganas, tidak berpendidikan, bodoh, dungu, hanya kerana ketidakmampuan ayah memberi nafkah, kerana ketidakmampuan kita medidik dan mencintainya, kerana ketidakmampuan kita melindunginya, sebagaimana Allah menciptakan wanita dari tulang rusuk lelaki, dekat dengan lengannya untuk dilindunginya, dekat dengan hatinya untuk dicintainnya..
Dia tetap wanita, yang diciptakan Allah S.W.T dengan segala kelebihan dan kekuranganya. Tidak layak manusia dengan akalnya yang kerdil ini mengganti kedudukannya apa lagi fitrahnya.Wanita bagaikan sekuntum bunga terpelihara, tidak semua kumbang boleh menghisap madunya. Berlemah lembutlah dalam melayan mereka, kerana jika tidak, mereka boleh menjadi seganas serigala..
Showing posts with label QUESTIONS. Show all posts
Showing posts with label QUESTIONS. Show all posts
Saturday, 29 October 2011
Thursday, 27 October 2011
12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT
Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".
Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.
Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.
Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.
Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.
Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".
Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"
Friday, 14 October 2011
LELAKI YANG DITARIK WANITA MASUK KE DALAM NERAKA - Imam Muda Nazrul
Di akhirat... nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Monday, 10 October 2011
KEBURUKAN MENYIMPAN KUKU PANJANG
Kuku manusia merupakan bahagian terkeras dari tubuh kerana kandungan airnya yang sangat sedikit. Fungsi utama kuku adalah untuk melindungi hujung jari yang lembut dimana hujung saraf-saraf berada. Memiliki kuku yang panjang dan cantik selalunya menjadi kebanggaan. Tetapi bagi orang Islam dan Bangsa Melayu sendiri, menyimpan kuku panjang adalah tidak sesuai.
Sedikit tertarik akan kesannya jika berkuku panjang iaitu akan melahirkan anak yang bodoh, degil dan suka melepak. Ini disebabkan anak tersebut diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari ibunya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, membuat cokodok, menguli tepung dan sebagainya. Apa ilmu pun yang di ajar pun tidakboleh diterima masuk ke dalam kepala.
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Barang siapa yang mengerat kukunya pada:
Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ub...at dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala
jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih
Sedikit tertarik akan kesannya jika berkuku panjang iaitu akan melahirkan anak yang bodoh, degil dan suka melepak. Ini disebabkan anak tersebut diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari ibunya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, membuat cokodok, menguli tepung dan sebagainya. Apa ilmu pun yang di ajar pun tidakboleh diterima masuk ke dalam kepala.
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Barang siapa yang mengerat kukunya pada:
Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ub...at dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala
jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih
Subscribe to:
Posts (Atom)

